Wednesday 13 June 2012

Jatuh Cinta Dengan Teman Baik (Artikel)


Percintaan Jarak Jauh


Percintaan Jarak Jauh (PJJ) Artikel Cinta

PJJ selalunya orang akan ingat PENDIDIKAN JARAK JAUH. Namun begitu PJJ juga boleh di kategorikan sebagai PERCINTAAN JARAK JAUH. Ramai yang tidak percaya dengan Percintaan seperti ini. Namun begitu jika ingin terus berkekalan dengan pasangan masing-masing, pasangan itu mestilah mempercayai pasangan masing-masing terdapat beberapa cara bagi mengekalkan perhubungan itu.
- Komunikasi
Dalam percintaan jarak jauh ini pasangan bercinta haruslah mempunyai komunikasi yang baik. dengan cara komunikasi ini yang boleh mengeratkan hubungan mereka. pelbagai cara yang boleh dilakukan seperti SMS, SKYPE, telefon & pelbagai lagi bagi mengeratkan hubungan anda dengan pasangan masing-masing.
- Kata Hati
Selalunya pasangan yang bercinta ini akan mempunyai naluri yang macam-macam namun begitu percayalah jika anda dikurniakan pancaindera yang ke-enam percayalah dengan pemberian yang diberikan oleh ALLAH.
- Kepercayaan
Kepercayaan ini merupakan asas penting. Anda perlu percaya pada diri anda dan juga pasangan anda. ini amat penting kerana dalam percintaan jarak jauh ini pasangan selalu diuji, jadi setiap pasangan perlu mempercayai pasangan masing-masing jika anda tidak percaya maka perhubungan anda pasti tidak akan berjaya.
- Berdoa
Setiap apa yang dilakukan mesti dari berusaha dan kemudian barulah tawakal. Jika anda dan pasangan anda telah berusaha dalam perhubungan jadi jalan yang terakhir adalah dengan berdoa. ALLAH akan sentiasa membantu umatnya jika kita sentiasa berusaha.
- Kesimpulannya
Yakin dengan apa yang anda lakukan INSYA-ALLAH percintaan jarak jauh anda akan berjaya. apa yang penting kerjasama di antara anda dengan pasangan anda. dan percaya pada jodoh kerna setiap umatnya telah ditetapkan jodohnya. Andai dia jodoh anda tidak kira sejauh mana jarak anda dengan pasangan anda pasti bersatu jua akhirnya. INSYA-ALLAH.




Thursday 7 June 2012

BUAT DIRI MU

andai kau pinta emas permata
bukan sekelip mata ku dapatkan
andai kau pinta kesetiaan dari ku
akan ku hulurkan hati ini buat mu

andai kau pinta bingtang dan langit
tidak mampu aku katakan
andai kau pinta kejujuran dari ku
akan ku bawa kemana saja aku pergi

dari wajah mu kulihat senyum ku
dari rajuk mu ku lihat gelisah ku
kerana wajah mu aku takut hilang mu
kerana rajuk mu ku takut dikau menangis

sukar bagi ku nyatakan segalanya
agar tenang kau fahami ku
corak senyum mu memikat jiwa
membuat aku takut akn mu

disini ku kata akn diri ku
bukan senang hidup diri ku
sekadar mampu apa termampu
membuatkan ku takut hilang mu nanti

namun jujur ku kata pada diri mu
aku cinta dan aku syg akn dikau
ku mahu kau milik ku selamanya
ku harap dapat dikau trima ku seadanya



Friday 1 June 2012

Ku Merayu Pada Hati

inign ku pesan kepada diri mu
usah dipermainkan perasaan ini
kerna ku tahu cinta ku kukuh
bila ko robohkan ia melukakan ku

ku sedar diri ku hanya insan menagih kasih
dan layak kah aku untuk hati mu
tiada apa yang pinta hanya satu mohon ku
jujurlah jika ku bukan dihati mu

tidak ku tahu mengapa hati ini
meronta memanggil nama mu
dan sungguh ku benci hati ku ini
yang mementingkan diri nya saja..

wahai hati dengarlah kata ku
aku merayu usah dikau meronta
hanya kerna cinta yg tidak pasti
maka katakan lah kehendak mu
selain cinta...

sedarkan ku

sedarkan aku dari lamunan ini
yakinkan aku yang berlaku hanya mimpi
kerna disaat ku tersedar
terlihat ada air mata di pipi ku

lantas ku mendongak
melihat indah sang bulan
ditemani bintang yg indah
sepanjang malam ku ini

terasa hati disentap
dengan cemburu pada mereka
namun ku tahu ku sendiri
menatap kerenah hati yg x mengerti

buntu fikiran ku ini
memujuk hati yg sakit terluka
ada terasa ingin ku matikan rasa itu
malah ku tidak terdaya

kini terbayang wajah ayu mu
menhantui fikiran ku
ingin ku kata hentikan saja
drama dunia akn cinta...

kini ku termenung
memikirkan diri mu
terlalu rapat dikau dan dia
membuat hati tersentak melihatnya

maafkan ku kerna ku jua manusia
yang punyai perasaan

Tuhan Tolong Lah

tuhan khabarkan padanya hati ini serik disakiti
andai aku bukan dihati dia katakan padanya jujurlah
dan jgn la biarkan aku mengejarnya bagai mimpi dalam mimpi.
hati ini tak sanggup disakiti lagi...

tuhan matikan hati ku ini terhadap hamba mu
hidupkan hati ku hanya untuk mu
tuhan... ku tahu dikau maha mengatahui..
dan ku tahu dikau tahu sakit perasaan ku ini

tuhan ku tahu dikau maha mengasihani
dan lantas kasihanilah hati ku ini....
sungguh tidak ku daya semua ini
tp ku masih tersenyum kerana adanya kamu tuhan disamping ku