Thursday 30 October 2014

DENGARKAN WAHAI HATI

DENGARLAH WAHAI HATI
JANGANLAH KAU MERONTA
KERNA DIA BUKAN
MILIK KU MILIK KU LAGI

DENGARLAH WAHAI HATI
JANGAN KAU MENANGIS
KERNA DIA ENGKAU
TERGURIS

USAHLAH MERAYU
 KERNA DIA TAK SETIA
AKAN MEMBUAT ENGKAU
TERLUKA

DENGAR WAHAI HATI KU
DIA BUKAN  YG TERBAIK
JANJI-JANJI MANIS DIBIBIR
NAMUN SEMUA NYA DUSTA

BIARKAN IA PERGI
KERNA IA PENDUSTA
MENCURANGI KOTA CINTA
MENGHACUR MAHLIGAI CINTA

Tuesday 23 September 2014

Balasan Mu

ku beri hati kau balas dengan duka
ku beri cinta kau balas dengan luka
mencari erti sebuah perhubungan
dimana kah hati mu
ku mengerti cinta janga diharapkan
kerna ia kan berlalu pergi
namun ku tak mengerti
mengapa hati ku mengharapkan mu
kuberi hati kau balas dengan duka
lantas aku yg terluka
ku beri cinta kau balas dengan dusta
lantas aku yang derita 

Friday 4 July 2014

Bukakan jalan bagi ku

mengapakah aku masih terasa
mengingati kisah silam ku
bagaimana cara nya
agar aku kembali tenang

ku mencari sebuah kepastian
mengapakah ku ditinggal pergi
apakah salah ku pada mu
sehingga aku di kecewakan

sungguh ini tidak adil bagi ku
tuhan tujukkan apa yg berlaku
di sebalik apa yg tidak ku tahui
sesungguhnya kau maha ketahui

bukakan jalan bagi ku
agar mudah ku mencari sebabnya
suluhkan kegelapan itu
agar aku melihat segalanya

Kesabaran menguji ku

kesabaran menguji ku
didalam percintaan
ketabahan yg ku miliki
semakin lama semakin lemah

luka dihati semakin berparut
berdarah kembali bila menaruh
ku cari cinta oh cinta sejati
sekian lama aku menanti

sampai bila harus ku bersabar
mencari cinta yg tidak pasti
kian hari hati terluka
tiap saat jiwa meronta

dalam manis ada pahitnya
dalam tawa ada dukanya
namun ku hanya hambanya
ku akuri dan ku tabahi

Sunday 29 June 2014

Kau yang akhirinya

didalam kebahagiaan
kau selitkan kedustaan
bagai hati dipanah petir
saat kau temani dia

bila dia bicara kembali
merayu cinta silam dustanya
saat itu kau mula gelisah
mula mencari sebab dan alasan

mudahnya kau berpaling
kau tinggalkan aku sendirian
hati ini mula berdarah
kau tusukkan duri cinta mu

mengapa ini kau lakukan
setelah hati ku kau tawan
walau sukar ku lepaskan kau
namun aku relakan kau pergi

bila dia bicara kembali
merayu cinta silam dustanya
hati ini mula berdarah
kau tusukkan duri cinta mu

Saat Kau Mula

saat kau mula mencuri hati ku
mainan mata mu memukau hati ku
saat kau mula bicarakan
rasa hati mu kepada ku

ku gengam erat
jari jemari mu
ku tatap mata mu
ku senyum pada mu

bermula kisah cinta bahagia
berputik bagai emas berkilauan
janji ku setia bahagia
janji mu setia selamanya

ku gengam erat
jari jemari mu
ku tatap mata mu
ku senyum pada mu

saat kau mula mencuri hati ku
mainan mata mu memukau hati ku
janji ku setia bahagia
janji mu setia selamanya

Tuesday 17 June 2014

Aku Pasrah Segalanya

sejenak ku berfikir
mengapa sering aku diuji
dari sudut hati dan perasaan
yang kian lama aku tabahkan
tuhan beriku kekuatan
agar dapat ku lebih tabah
kian hari kian ku diuji
semakin ku tabah semakin ku pendam
cinta yang ku bina untuk mu
dari air mata yang mengalir
menusuk ke luka hati
menambah kepiluan hati
tuhan khabarkan padanya
aku merindui nya
tuhan khabarkan padanya
aku masih menyayanginya
andai dia bukan milik ku
tuhan hapuskan rasa padanya
mungkin ada hikmah sebaliknya
pertemuan dan perpisahan ini

Monday 16 June 2014

by sue nana

sue nana
MADAH MU:kesakitan yang kau rasakan..
kesakitan yang kau luahkan..
memang perit untuk dirasai.
walaupon berulang kali kau rasakan..
tetapi engkau tidak pernah berputus asa..
untuk mencari kebahgiaan itu..

Aku makin terasa

Mengapa aku masih terasa
perih hati bila melihat dia
puas kucuba tuk melupakan dia
namun dia ada di fikiran ku

dihati ku memujuk
agar tidak terus mengharap
namun hati berontak
membuat aku sakit

oh dimanakah penawarnya
puas ku mencari dimerata
aku masih meratap
kisah silam bersama mu

tuhan tolonglah
tuhan bantulah
hati ini
masih berdarah

mungkin sudah tertulis
tiada dapat aku rasa bahagia
diatas muka bumi ini
malah tiada layak ku menumpang kasih

tiada tenang apa jua kulaku
hati terhiris jiwa merasa
akal berfikir tidak menentu
siang malam tidak keruan

Wednesday 11 June 2014

andai kau pinta emas permata
bukan sekelip mata ku dapatkan
andai kau pinta kesetiaan dari ku
akan ku hulurkan hati ini buat mu

andai kau pinta bingtang dan langit
tidak mampu aku katakan
andai kau pinta kejujuran dari ku
akan ku bawa kemana saja aku pergi

dari wajah mu kulihat senyum ku
dari rajuk mu ku lihat gelisah ku
kerana wajah mu aku takut hilang mu
kerana rajuk mu ku takut dikau menangis

sukar bagi ku nyatakan segalanya
agar tenang kau fahami ku
corak senyum mu memikat jiwa
membuat aku takut akn mu

disini ku kata akn diri ku
bukan senang hidup diri ku
sekadar mampu apa termampu
membuatkan ku takut hilang mu nanti

namun jujur ku kata pada diri mu
aku cinta dan aku syg akn dikau
ku mahu kau milik ku selamanya
ku harap dapat dikau trima ku seadanya



kisah cinta kejam

tak pernah ku pinta
untuk bekenalan dengan mu
namun kita bertemu
dan mula bermain mata

tiba saat kau ingin luahkan
tapi malu kau hantar sms
mengatakan isihati mu pada ku
lantas kau beri masa kerna ku terpaku

kian hari kita berbual
xhabis di Handphone
sambung di im
semakin hari kau curi hati ku

dan bertemu kita dingin malam
entah mengapa kurasa lain
dalam khayalan senyuman mu
tangan mu ku capai tanda ku terima

berputik cinta indah ku rasa
tiap saat ku bayangkan mu
bila x bertemu rindu membakar
membuat aku menjadi gila

tapi bila tiba dia minta kau jumpanya
aku mula rasa hati ini dah tak tenang
tiap hari ada saja yang kau buat
aku merasa sakit dan sedih

kau kata kau berjumpa kawan
3 hari tak boleh bertemu
aku hanya diam diri
memberi kau kebebasan

bila pulang ku menanti
call tak berangkat sms tak dibalas
puas hari ku menunggu hingga kelewat malam
pulang kau membawa cerita membuat aku serabut

pulang jumpa kawan dia ajak kau bertemu
hingga lewat malam kata ingin selesai kes hatinya
kau kata ini demi kebaikan kita kerna dia sering menganggu
nafsu amarah ku mengelegak membuat kau menangis

kerna sayang ku tutup mata
biarkan semalam berlalu pergi
hati terguris ku pendam saja
harap benar cerita kamu

selang berapa hari
kita keluar makan malam
aku membaca inbox sms mu
ada nama dia disitu

lalu ku buka dan ku baca
ty syg kerna temani ku 3hari
dan kurasa bahagia bila kau bersama
harap ini bukan kali terakhir kita bertemu

ah wa sudah kena main
ini kali lagi rare sebab kau
tidur dimana membuat aku tertanya
tenang kau kata dirumahnya

hati ku mula berdendam
kau pujuk kata ada kakak nya
benarkah aku perlu percaya
sedang sekali kau menipu

namun ku pujukkan hati ini
kerna tidak mahu terus membara
lapa harus aku lakukan
terdaya dengan tipu helah mu

ok masih lagi kita berkawan
namun tidak kurasa bahagia
hanya sekadar peneman
menanti hapus rasa sayang

bukan ku pinta tuk bermusuh
harap kita masih bertemu
bukan kupinta untuk merindu
hati bodoh ku masih merindu

tiba saat kau katakan
agar kita putus hubungan
tenang zahirku rasakan
namun hati berontak retak

jika boleh hati dicabut
ku lontar saja kelautan dalam
entah mengapa hati ku kabut
sukar untuk melepaskan kau

saat ku tanya mengapa kau kejam
lantas kau jawab kerna pilihan
dia merancang kau turuti
hingga janji kau mungkiri

ku cari penawar untuk hati
yang sedang gila mencari kamu
biar penawar penghacur badan
asalkan ku tenang dalam dunia

jangan kau hirau apa terjadi
walau mati ku kau ketahui
hanya ku pinta dari mu
doakan kesejahteraan ku
didalam kubur.

Saturday 7 June 2014

kejamnya pada diri ku

saat kita bertemu
senyum indah mu menawan hati
kau tuduk kebawah lalu kau bertanya
apakah sudi ku terima kau untuk segalanya
ku pejam kan mata
ku pinta petunjuknya
apa harus ku kata
sedang hati mengharap cinta
puas ku fikirkan
sedang hati masih berdarah
mengapa terlalu awal untuk diri ku
lalu ku sambut tangan mu jelas kau tersenyum
lama kita bersama tiada yg menganggu
bila ia kembali kau mula gelisah
kau pernah berkata dia bukan untukmu
mengapa dia kembali kau tinggalkan aku
di mana janji mu
akan selamanya untuk ku
aku masih mencari jawapan
mengapa kau berubah hati
indah kita bersama
kau padam kan begitu saja
kemana hati perasaan mu
kejamnya kau pada diri ku

Tuesday 3 June 2014

mama ku masih terluka

Oh mama sampai bila harus ku tahan
segala perasaan yg aku pendam
dimana harus ku lontar kan ia
mama tolong lah khabarkan pada ku

oh mama puas aku mencuba
segala yg suda engkau katakan
namun hati ku masih dilukai
mengapa ini terjadi

mungkin aku harus pergi
meninggalkn kenangan disini
namun aku masih terikat
dengan satu dugaan

mengapa harus ku diuji
sedang masih lama belum habis
tidak ter tertahan kaki ku ingin pergi
dari semua dugaan yg diberikan

Mula

Di simpang berliku
ku lihat akan wajah mu
di setiap saat ku ingat nama mu
dimana aku berada pasti itu kau wujud

di lorong yg gelap
pernah ku jelajah sesat
kau dulu yg hadir menyuluh aku keluar
kau berikan ku janji manis

kian aku bahagia
kian itu kau mengihilang
hingga aku sensara
mengenangkan janji mu

apakah salah diri ku
hingga kau sanggup berubah
menghancurkan perasaan ku
dan membuat aku terluka

kasih mengapa ini kau beri
setelah janji kau taburi
aku kini yang tersiksa
menahan segala rindu

Sukar Bagi ku Lupakan Mu

Mengapa sukar untuk aku melupakan mu
cubalah kau mengerti perasaan ku
cuma aku cinta kamu saja
biar derita aku rela demi hati ini

cuba lah kau fahami perasaan ku ini sayang
aku pasti kau tahu nilai cinta ku ini
biar apa ku lakukan namun
sukar ku lupakan mu

beribu air mata mengalir
berjuta ku cuba melupakan kau
apa jua aku laku kau tetap dibayangan
hingga sesak nafas ku masih ingati kamu

mungkin aku harus pergi
jauh dari kenangan kita
kerna tiap saat ku melihat
segalanya kenangan kita

tiap lena malam ku mimpi
sering engkau bertamu
membuat jaga ku
mengalir air mata

Sunday 1 June 2014

kau buat cinta ku cemburu

kau hadir tika ku bahagia
malah kau hilang tika ku derita
kau buat cinta ku cemburu
ia berlalu engkau menghilang

apamahu mu disebalik lakonan
hanya membuat aku derita
dimana hati jua perasaan mu
kelak kau merasa apa ku lalui

mengapa ini sering terjadi
kau lakukan demi kebahagian mu
tanpa kau merasa perasaan ku
sehingga aku merana

cuba kau lihat diatas sana
pasti kau tahu dia bisa membalas
hanya kau tunggu nanti kau akan merasa
segala yang kau lakukan pada ku

Monday 26 May 2014

Mengapa dan mengapa

mengapa ini sering terjadi
hati ku sering dilukai
walau sedaya ku pertahankan
namun tetap aku terluka

apakah semua terjadi
salah dari diri ku
yang sering terluka
membuat aku layu

tuhan yg pengasih
ku pinta pada diri mu
matikan rasa cinta
jika ia bukan milik ku

dan biarkan aku
pergi mencari ketenangan
agar aku tidak menjadi sesat
didalam ujian dugaan mu


BERULANG KU RASA SAKIT

Berulang ia hadir 
namun berulang ia pergi
bahagia bila ia hadir
ia pergi meningalkan luka dihati

Mengapa ini sering terjadi 
berapa lama harus ku terluka
mungkin bila saat aku mati
aku merasakan bahagia

Ku cuba matikan rasa cinta
namun hati ini tak mengerti
walau berkali hati terluka
walau berkali hati disakiti

Oh tuhan ku tahu ini dugaan mu
seharus aku mencintai mu
maka matikan rasa cinta dunia mu
bukakan jalan kearah diri mu

Wednesday 16 April 2014

JANJI KU MUNGKIRI SIKAP MU YG BERBEDA

kini sampai masa nya
untuk ku melangkah pergi
kerna sekian lama 
aku memendam rasa

pernah ku berjanji
untuk menjaga mu
namun hati ku tewas
kerna kau melukainya

maafkan kan aku kasih
bukan ku biarkan diri sendiri
tapi apa yang kau lakukan
cukup membuat hati ku beretakkan

cuba kau lihat apa yg kau lakukan
senhingga hati ku menangis
cuba kau renungkan apa yang kau berikan
hanya untuk kepentingan diri mu

maafkan aku kerna melepaskan dikau
dengan cinta mu yang engkau pun tau tahu
arus cinta kita berlalu dengan keperihan
kerna orang tua mu x restui kita

Tuesday 15 April 2014

KAU BINA CINTA PELANGI

Puas sudah ku mencari
siapa yang sudi menyinta ku
dari utara singgah ke timur 
berdarah utara timur pengubat

Hadirnya diri mu itu
membuatkan ku tersenyum
dengan kata manis mu
membuat aku terpesona

Bila ku lihat pelangi
terbayang wajah diri mu
menghiasi indah hati ku ini
ku pandang tidak jemu

Apa lagi yg kau nanti 
bawalah ku kesana
bersama kita lalui
cinta pelangi yang kau bina

Tuhan yg maha esa berkati lah hubugan kami
jgn kau jadi kan ini pertemuan sementara
aku senang bila ia disisi dan jua diri nya
maka Tuhan satukan kami


KENALI AKU

Usah kau rasa gusar dengan setiap cara ku
kerna ku tak mahu engkau tidak kenali cara ku
usah kau bersedih sayang dengan segala sikap ku
kerna itu... aku ingin kau selalu tabah dengan ku

jangan pernah takut dengan marah ku
malah carilah jalan mereda kan
jangan pernah sedih bila ku marahi mu
malah datang la pada ku katakan isi hati mu

tak perlu kau buka kisah silam ku
kerna itu bisa membunuh mu
tak perlu kau cari bayang hitam ku
kerna itu bisa buat kau tak lena malam

sungguh kau ku sayang
hingga aku sering terbayang
sungguh kau cinta
membuat rindu tidak terkira

siang malam asyik terbayang
di lautan cinta aku melayang
kata mu menambah sayang
senyum mu aku terbayang

Monday 31 March 2014

Allah yg satu

Sungguhnya aku pasrah dengan kehendak mu..
aku redha dengan segalanya telah terjadi selama hidup ku
ku susuni sepuluh jari doa hapuskan dosa ku kerna ku
tahu ku hamba mu yg hina dan lagi lemah disisi mu
takala ku bersujud menitis air mata ku memohon kepada mu
agar ku di panjangkan umur menuju ke jalan mu memcari bekalan
untuk dibawa kesana dan ingin ku masuk syugamu.sungguh benar cerita
neraka mu tidak terdaya ku manahan segala kesensaran dan kederitaannya....
tuhan ku yg satu hanya ALLAH di hati berikan aku petunjuk mu
agar dapat ku ikuti jalan mu yg sebenar dan jauhkan aku dari segala
bisikan kejam yg bermakam di hati ku sekian dulu hingga akhirnya
ku sembah,doa dan bermohan pada mu oh YA ALLAH
kini aku sedari tiada apa untuk kau tahui kerna kau maha mengetahui
tiada apa dapat ku pendamkan kerna kau maha memahami
dan ku sedari segala yg terjadi selama ini adalah untuk ku sedar dari
sifat ku yg alpa terhadap mu...

Saturday 8 March 2014

kuingin seperti mereka

ALLAH berikan ku petunjuk mu
apakah haraus ku lalui cinta muka bumi mu
jauhi diri ku dari cinta dunia mu
kerna ku tak sanggup terus kecewa

ku tahu ini hanya dugaan mu
tp mengapakah hanya rasa cinta
dan ku tahu apa yang kau laku kan
kerna kau lah yang maha mengatahui nya

ku tadahi tangan dan terus berdoa
agar terhapus dosa silam ku
ku sujud menyembah mu
agar terhapus segala sifat menyesati ku

aku ingin seperti mereka yang terdahulu
bahagia di jalan mu hingga akhir nafasnya
kerna aku hamba mu yang lemah lagi hina
dan ku butuhi kebahagian dunia dan akhirat mu